MOSCOW: Kira-kira 10 terbunuh manakala empat yang lain cedera apabila pesawat kecil terhempas di Rusia.Pegawai Kementerian Kecemasan Rusia berkata, pesawat penumpang An-28 melakukan pendaratan kecemasan di Far-Flung, wilayah Kamchatka, Rusia, tengah hari Rabu (waktu tempatan). Katanya, 14 penumpang termasuk dua krew berada dalam pesawat itu sebelum kejadian.“10 maut dan empat cedera dalam kemalangan itu. Mangsa yang cedera dibawa ke bandar Palana bagi mendapatkan rawatan,” katanya.