WASHINGTON: White House pada Selasa menafikan laporan berlaku perselisihan faham dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.Sebaliknya, White House memberitahu Netanyahu dan Presiden Barack Obama mengesahkan komitmen kedua-dua negara untuk menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear. Obama dan Netanyahu berbual selama sejam pada malam Selasa.Kedua-dua pemimpin tersebut bersetuju meneruskan rundingan untuk menyekat misi Iran.White House menafikan laporan media bahawa Obama menolak permintaan Netanyahu untuk bertemu beliau di Washington pada minggu depan.Tiada permintaan dibuat atau ditolak, kata jurucakap White House Tommy Vietor.Netanyahu menggesa AS untuk menetapkan garis merah untuk Tehran.Bagaimanapun bahagian pengurusan Obama dikatakan tidak bersetuju mengenai perkara itu.