suria

"Wanita Pertama Khmer Rouge" Dibebaskan Kerana Masalah Mental

Bekas menteri Hal Ehwal Sosial Ieng Thirith (depan) menghadiri pendengaran awam di Extraordinary Chambers di Mahkamah Kemboja (ECCC) di pinggir Phnom Penh Oktober 19, 2011.

PHNOM PENH: Salah seorang tokoh rejim Khmer Rouge bakal menjalani kehidupan normal selepas mahkamah antarabangsa memutuskan pada Khamis bahawa dia mempunyai masalah mental dan tidak layak dibicarakan.

Bekas menteri, Ieng Thirith, dan kakak iparnya yang juga seorang arkitek lewat tahun 1970-an ketika revolusi, Pol Pot, disahkan menghidap penyakit Alzheimer sejak November tahun lalu.

Wanita berusia 80 tahun dikenali sebagai "Wanita Pertama Khmer Rouge" akan dibebaskan pada Jumaat jika tiada rayuan dibuat oleh pendakwa, kata Neth Pheaktra, jurucakap di Jabatan Luar Biasa di Mahkamah Kemboja (ECCC).

ECCC berkata dalam satu kenyataan, Ieng Thirith tidak akan dibicarakan di masa hadapan, oleh itu tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai akan digugurkan dan mahkamah diwajibkan untuk memerintahkan tertuduh dibebaskan daripada tahanan.

Ieng Thirith adalah salah seorang daripada empat defendan tua dan lemah dalam kes 002, yang merupakan kes profil mahkamah paling tinggi.

Masyarakat Kemboja bimbang disebabkan kerumitan kes tersebut, suspek menjadi lebih tua dan mati sebelum keputusan dijatuhkan. Ieng Sary, 87, kini terlantar di hospital kerana mengalami pening dan keletihan. Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain