TOKYO: Perdana Menteri, Yoshihiko Noda pada Jumaat telah dipilih semula untuk memimpin partinya - Parti Demokratik Jepun.Sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang, Noda berikrar akan melakukan rombakan besar-besaran keatas partinya itu dalam usaha mereka untuk mempertahankan kerajaan yang ada sekarang menjelang pilihan raya umum akan datang. Noda telah memenangi lebih 60 peratus mata untuk menang jawatan presiden parti.Undi daripada anggota-anggota parlimen membawa mata yang lebih banyak daripada anggota-anggota biasa parti.Lawan Noda pada pemilihan kali ini adalah seorang pemimpin muda bernama Goshi Hosono, 41.Seandainya Hosono menang, beliau akan mencatat sejarah sebagai perdana menteri Jepun termuda dalam sejarah negara itu.Di bawah peraturan parti, pemilihan pucuk pimpinan hendaklah diadakan dua tahun sekali. Tetapi kini ia telah dipinda kepada tiga tahun sekali.Parti Demokratik Jepun memerintah Jepun sejak 2009 - selepas lima dekad diperintah oleh Parti Liberal Demokrat.Noda pula adalah perdana menteri Jepun yang keenam sejak 2009.