AUCKLAND: Amerika Syarikat (AS) menarik balik larangan yang menyekat kemasukan kapal tentera laut New Zealand ke pelabuhan negara itu sejak 1980.Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta berkata, tindakan itu menunjukkan petanda positif era baru dalam hubungan antara kedua-dua negara. Perubahan polisi itu yang merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuhkan hubungan keselamatan akan memberi kuasa kepada Setiausaha Pertahanan AS untuk membenarkan kunjungan individu ke Jabatan Pertahanan di negara tersebut."Kita akan dapat melihat kapal-kapal dari New Zealand berlabuh di pelabuhan negara ini dalam masa terdekat," katanya.Sementara itu, Ketua Pentagon, Jonathan Coleman mengumumkan bahawa sekatan berhubung mesyuarat di antara pegawai pertahanan dan latihan ketenteraan turut dibatalkan.