WASHINGTON: White House buat pertama kalinya pada Khamis menyifatkan kejadian yang mengorbankan empat wakil kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Benghazi, Libya sebagai 'serangan pengganas' yang mungkin membabitkan rangkaian al-Qaeda.Pentadbiran Presiden Barack Obama sejak minggu lalu beberapa kali menafikan bahawa serangan yang menyebabkan kematian Duta AS ke Libya, Chris Stevens dan tiga yang lain sebagai tindakan pengganas. Sebaliknya, pegawai berkata ia dipercayai kejadian yang tidak dirancang.Jurucakap White House, Jay Carney berkata, Air Force One mempunyai bukti tersendiri apa yang berlaku di Benghazi adalah satu serangan pengganas.Sementara itu, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton mengumumkan pelan mengkaji semula aspek keselamatan di semua pejabat kedutaan yang mungkin menjadi sasaran berikutan penyebaran filem anti Islam yang membangkitkan kemarahan umat Islam.