suria

12 Anggota Pemberontak Terbunuh di Turki

DIYARBAKIR: Sekurang-kurangnya 12 anggota pemberontak Parti Pekerja Kurdistan (PKK) terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan tentera, di tenggara Turki.

Menurut sumber ketenteraan, kejadian itu berlaku ketika anggota PKK cuba menyusup masuk ke pondok keselamatan tentera daerah di Semdinli di wilayah Hakkari yang terletak di sempadan Iran dan Iraq.

"Sebanyak 12 anggota PKK terbunuh dalam pertempuran tersebut dan pasukan tentera mengawal ketat kawasan terbabit," katanya. - REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain