HONG KONG: Polis menahan tujuh krew dari dua bot yang berlanggar di perairan Hong Kong yang membunuh 38 penumpang, namun tiada sebarang penjelasan mengenai bagaimana kapal terbabit bertembung antara satu sama lain pada malam yang tenang di laluan air paling selamat dan terkawal di Asia.Nahas pada malam kelmarin itu adalah antara kemalangan dasyat di Hong Kong sejak 15 tahun lalu dan kemalangan maritim terburuk sejak 40 tahun. Beberapa saudara mara terdekat melawat tempat kejadian di luar pantai barat daya pulau Hong Kong bagi memberi penghormatan kepada mangsa.Pesuruhjaya Polis Tsang Wai-hung berkata, enam orang ditahan kerana disyaki membahayakan penumpang dan didakwa mengendalikan operasi kapal dengan cara tidak selamat. Kemudian, polis menahan suspek ketujuh.Tsang berkata, krew kedua-dua bot dipercayai tidak mengamalkan penjagaan operasi yang diperuntukkan oleh undang-undang tempatan. - AP