suria

Wanita Separuh Bogel Protes Kes Rogol Rakyat Tunisia

PARIS: Sekumpulan wanita yang merupakan anggota pergerakan Femen bertindak dilihat separuh bogel apabila berhimpun di Muzium Lourve di Paris pada Rabu dan menggantung tanda ‘Venus de Milo’ bagi menyokong seorang wanita warga Tunisia yang didakwa dirogol oleh dua anggota polis.

Tujuh anggota daripada kumpulan yang diasaskan di Ukraine itu bertindak separuh bogel dengan menulis slogan di badan mereka yang tertera “Tidak = Tidak” dan berjalan di dalam penghalang di sekitar patung purba Yunani.

Mereka menggantungkan tanda di patung itu yang mengatakan: “Rogol saya, saya tidak bermoral”, yang merujuk kepada seorang wanita muda warga Tunisia yang menghadapi tuduhan yang mempunyai kaitan dengan rogol.

Kesemua wanita yang berdiri berhampiran dengan patung yang tidak berlengan itu melaungkan: “Kami mempunyai tangan untuk menghentikan rogol” dan para pelancong mengambil gambar mereka.

Selepas beberapa minit, seorang kakitangan tiba dan menanggalkan tanda itu. Kesemua wanita itu beredar dengan segera tanpa sebarang insiden berlaku.

Penganjur protes, Inna Shevchenko, 22, yang baru-baru ini melarikan diri ke Perancis dari Ukraine bagi menakutkan penindasan selepas memotong salib dengan rantai, membawa seramai enam wanita Perancis dalam bantahan itu.

“Kami di sini untuk... menuntut keadilan menentang perogol,” kata Shevchenko.

Wanita Tunisia berusia 27 tahun itu sedang menghadapi tuduhan melakukan perbuatan keji dengan tunangnya berdasarkan testimoni daripada perogol yang didakwa itu iaitu anggota polis yang dikatakan mengambil pasangan itu secara mengejut dalam “kedudukan yang tidak bermoral” sejurus sebelum serangan yang dimaksudkan berlaku. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain