suria

Penceroboh Bunuh 455 Badak Afrika Selatan Tahun Ini

JOHANNESBURG: Penceroboh telah membunuh sebanyak 455 badak di Afrika Selatan setakat ini pada tahun ini, yang sudah pun melebihi jumlah pada tahun lalu, kata kerajaan pada Selasa.

“Statistik terkini mencuri badak menunjukkan 455 ekor telah hilang ekoran pembunuhan secara haram sejak awal tahun ini,” kata jabatan hal ehwal alam sekitar dalam satu kenyataan.

Afrika Selatan dilihat semakin membimbangkan apabila badak dibunuh untuk dagangan pasaran hitam untuk tanduk haiwan itu.

Tahun lepas, sejumlah 448 badak ditangkap, meningkat dari 333 pada 2010 dan hanya 13 pada 2007.

Pihak berkuasa Afrika Selatan telah menahan seramai 207 orang tahun ini, termasuk 179 penceroboh dan telah mempertingkatkan aspek keselamatan seperti menghantar tentera di hutan simpan Kruger.

Tetapi usaha itu gagal untuk mengawal sindiket jenayah berkenaan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain