suria

Cuba Hapus Peraturan Permit Ke Luar Negara

Perubahan itu adalah beberapa siri reformasi pentadbiran yang dilakukan sejak beberapa tahun lalu oleh Presiden, Raul Castro, sejak mengambil alih pemerintahan daripada abangnya, Fidel Castro pada 2006.

Berikut karenah birokrasi dan kos bagi mendapatkan visa keluar atau dikenali sebagai "Kad Putih' itu, menyebabkan ramai rakyat Cuba 'terperangkap' di tanah air sendiri serta menggalakkan rakyatnya ke luar negara secara haram, khsusunya ke Amerika Syarikat.

Mengikut peraturan baru itu, rakyat Cuba hanya memerlukan permohonan pasport untuk ke luar negara, berbanding sebelum ini memerlukan permit keluar serta tempoh kebenaran tinggal di negara luar dilanjutkan daripada 11 bulan kepada 24 bulan. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain