KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat dengan magnitud 6.1 pada skala Richter berlaku di Laut Celebes, Indonesia pada 12.42 tengah hari Rabu.Gempa itu berpusat pada 4.2 darjah utara dan 124.6 darjah timur, dan 222km barat laut Pulau Talaud, Indonesia dan 677km tenggara Semporna, Sabah, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan pada Rabu. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. -BERNAMA