suria

12 Terbunuh, 60 Cedera Hospital Di Taiwan Terbakar

TAIWAN: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 60 lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku di hospital yang menempatkan warga tua terlantar dan pesakit mental di selatan Taiwan pada Selasa, menurut pihak berkuasa kesihatan.

Kebakaran bermula di pusat jagaan yang menempatkan 100 warga tua dan pesakit mental di bandar Tainan yang mana mereka telah dipindahkan semasa kejadian, kata seorang pegawai kesihatan tempatan.

Satu anggaran awal oleh seorang pegawai telah meletakkan seramai 72 bilangan yang cedera tetapi angka itu telah disemak semula menurut kenyataan jabatan kesihatan.

Punca terhadap semua kematian dipercayai akibat terhidu asap manakala yang cedera telah dikejarkan ke beberapa hospital untuk rawatan, kata pegawai itu.

Kejadian ini merupakan kebakaran hospital terburuk dalam tahun kebelakangan ini dan punca kebakaran sedang disiasat, tambah beliau.

Pegawai bomba berkata kebakaran mungkin bermula dari stor di tingkat dua bangunan lima tingkat, sebuah cawangan hospital awam Sinying.

Televisyen menunjukkan kebakaran di tingkat dua dan pesakit yang terlantar dan berkerusi roda dikeluarkan di kawasan lapang.

"Asap hitam dan tebal adalah tidak tertanggung, ia benar-benar menakutkan," seorang yang terselamat telah dipetik oleh Agensi Berita Pusat sebagai berkata.

Pesakit itu berkata dia bernasib baik dapat melarikan diri daripada terbakar kerana dia mampu berjalan sendiri dan kemudian diselamatkan oleh bomba.

Artikel Berikut

Apple Lancar iPad Mini Esok

Artikel Lain