YANGON: Keganasan yang menyebabkan peningkatan angka kematian di Myanmar mencetuskan satu penghijrahan beramai-ramai umat Islam ke kem-kem kecemasan, kta pegawai, pada Khamis.Beratus-ratus rumah telah dibakar dalam kegenasan di Rakhine, di mana pertempuran kaum antara Buddha-Islam telah menyebabkan kematian 95 orang sejak Jun lalu. “Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan kira-kira 80 orang tercedera dalam tempoh empat hari sejak 21 Oktober di empat bandar,” kata jurucakap negeri Rakhine Myo Thant.Rumah-rumah turut dibakar di beberapa bandar lain pada pagi Khamis. AFP