suria

Rekod Jualan Letakkan Samsung Di Kedudukan Teratas Dalam Pasaran Telefon Pintar

HONG KONG: Samsung tidak berganjak dari tempatnya sebagai penjual telefon pintar terkemuka dunia pada suku ketiga.

Syarikat ini telah menjual 56.3 juta telefon pintar, termasuk model Galaxy S III, pada Julai-September yang mewakili 31.3 peratus daripada pasaran global, lebih dari dua kali ganda dengan saingannya, Apple, kata firma penyelidikan IDC.

Penghantaran Galaxy S III telah dianggarkan sebanyak 18 juta unit bagi tempoh tersebut, manakala Apple menjual 26.9 juta iPhone.

Di tempat ketiga adalah syarikat dari Kanada Research In Motion yang membuat BlackBerry dengan 4.3 peratus saham global, manakala ZTE dari China di tempat keempat dengan 4.2 peratus dan HTC Taiwan 4.0 peratus. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain