BEIJING: China memutuskan untuk meluluskan loji janakuasa nuklear baru sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengurangkan kebergantungan kepada minyak dan arang batu, sekali gus menamatkan kajian mengenai keselamatan nuklear berikutan bencana di Fukushima, Jepun tahun lalu.Kerajaan pada Khamis menyatakan bahawa kuasa nuklear adalah selamat bagi China yang mengambil langkah bertentangan dengan beberapa negara maju seperti Jerman, yang memutuskan untuk menghentikan operasi tenaga nuklearnya berikutan bencana di Fukushima. Manakala, Jepun pula merancang untuk menghentikan tenaga nuklear sepenuhnya pada 2040. China adalah pengguna tenaga terbesar di dunia, dan pembinaan reaktor baru itu adalah penting dalam rancangan Beijing untuk membendung permintaan bahan api yang semakin meningkat. - AP