suria

Wartawan Senegal Terima Hukuman 4 Tahun Penjara

DAKAR: Seorang hakim menjatuhkan hukuman empat tahun penjara di Senegal terhadap seorang wartawan terkenal, Tamsir Musytari Ndiaye atas kesalahan perbuatan homoseksual, pemilikan senjata haram dan bateri.

Peguamnya, Khassimou Toure berkata beliau terkejut dengan keputusan mahkamah itu kerana ia tidak mengikut undang-undang negara tersebut.

beliau berkata akan membuat rayuat terhadap keputusan itu. Ndiaye ditangkap pada 10 Oktober selepas bergaduh dengan pasangan lelakinya. Mahkamah memberitahu Ndiaye telah menggunakan pisau dan menikam perut pasangannya itu.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman dua tahun penjara ke atas pasangannya.

Perbuatan homoseksual adalah haram di negara Afrika Barat yang kebanyakannya Islam. AP

Artikel Lain