NEW DELHI: Sekumpulan 600 pemain gitar telah dibayar bagi memberi satu penghormatan dalam bentuk muzik kepada mangsa rogol yang dilakukan oleh geng-India.Dengan memainkan lagu "Imagine" yang dipopularkan oleh John Lennon bertujuan menyebarkan "harapan, keamanan dan janji" dalam sebuah negara. Penghormatan yang diberikan dalam sebuah acara festival muzik di timur India Hilltown Darjeeling pada hari Khamis, selepas tiga minggu tragidi perkosaan kejam dan pembunuhan seorang pelajar di dalam bas di New Delhi."Kami memilih lagu ini kerana ia berkisar tentang harapan, keamanan dan janji," ujar Setiausaha Pelancongan Darjeeling dan salah seorang penganjur festival, Sonam Bhutia memberitahu AFP melalui telefon."Lagu itu begitu mengagumkan. Ia berkaitan tentang alam semesta tanpa sebarang sempadan," katanya."Penghormatan tersebut adalah isyarat di pihak kami untuk menunjukkan bahawa kita adalah bersimpati dengan keluarga mangsa."Serangan ganas ke atas perempuan itu telah mencetuskan bantahan di seluruh negara untuk keselamatan yang lebih baik dan membaik pulih undang-undang jenayah terhadap wanita. - AFP