suria

Perang Syria: Peluru Berpandu Patriot AS Tiba di Turki

DAMSYIK: Angkatan tentera Amerika Syarikat (AS) tiba di Turki, pada Sabtu bagi menghidupkan peluru berpandu Patriot yang ditempatkan di negara itu, bertujuan memberikan perlindungan daripada ancaman negara jiran, Syria.

Kumpulan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, angkatan tentera darat dan udara Syria melancarkan serangan ke atas pemberontak, yang mana mereka difahamkan datang dari luar Damsyik.

Katanya, operasi angkatan tentera Syria ditingkatkan sehari selepas serangan bom kereta di utara bandar berkenaan yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 mangsa terbunuh.

Ketibaan pegawai AS yang memiliki kepakaran terhadap enam sistem Patriot itu menyaksikan ia dilancarkan di sempadan Turki-Syria, iaitu termaktub di bawah perjanjian NATO.

Perjanjian itu digunapakai berikutan kebimbangan bakal tercetusnya perang saudara di Syria, di mana ia mampu meninggalkan kesan kepada negara lain di rantau itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain