suria

Warga AS Paling Tua Meninggal Dunia

SEORANG wanita dari South Carolina yang berusia 114 tahun, yang merupakan warga Amerika Syarikat (AS) yang paling tua meninggal dunia, kata dua anak perempuannya pada Sabtu.

Mamie Rearden dari Edgerfield yang memegang gelaran itu sebagai individu paling tua di negara itu selama kira-kira dua minggu, meninggal dunia pada Rabu di hospital di Augusta, Georgia, kata Sara Rearden dari Burtonsville, Maryland dan Janie Ruth Osborne dari Edgefield.

Kedua-duanya berkata, pinggul ibu mereka patah selepas terjauh kira-kira tiga minggu lalu.

Kumpulan Penyelidik Gerontologi, yang mengesahkan maklumat umur itu untuk Guinness World Records, menyenaraikan Mamie Rearden sebagai warga AS yang paling tua selepas pemegang gelaran sebelumnya iaitu Dina Manfredini dari Iowa yang berusia 115 tahun meninggal dunia.

Rearden dilahirkan pada 7 September 1898.

Rearden merupakan setahun lebih muda daripada individu paling tua di dunia iaitu Jiroemon Kimura berusia 115 tahun dari Jepun. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain