RIO DE JANEIRO: Hujan lebat dan berterusan mengakibatkan banjir lumpur dan banjir kilat di sekitar Rio de Janeiro, serta ratusan penduduk kawasan itu kehilangan tempat tinggal selain dua dilaporkan terbunuh.Pegawai kerajaan negara itu berkata, beberapa sungai di daerah utara Rio melimpah sehingga menyebabkan jambatan musnah. Katanya, tanah runtuh yang berlaku berikutan hujan berterusan itu memusnahkan kediaman, jalan raya dan kenderaan yang berada di kawasan terbabit. - AFP