Anggota Bomba dan Peyelamat memeriksa bangkai helikopter kargo Amerika Syarikat yang dijumpai terhempas dan terbakar di hutan Amazon di Peru. - Foto REUTERSLIMA: Penyiasat pada Rabu menjumpai bangkai helikopter kargo milik Amerika Syarikat yang terhempas di hutan Peru selepas beberapa minit berlepas, dan membunuh lima warga AS dan dua krew warga Peru.Pengiring helikopter Chinook BH-234 milik Columbia Helicopters itu terhempas kelmarin berhampiran wilayah Pucallpa di sini. Naib presiden pemasaran, Todd Peterson, berkata helikopter berkenaan di bawah kontrak bagi membantu dalam kerja-kerja meneroka sumber petroleum. Presiden syarikat, Michael Fahey memberitahu pemberita dalam satu sidang media di Oregon bahawa pesawat itu membawa beban tali penyangkut, dengan kargo luar doisokong oleh kabel. - AP