SYDNEY: Tiga orang maut manakala berpuluh-puluh lagi diselamatkan dari bumbung rumah dan kereta yang terkandas dalam bencana banjir yang melanda timur laut Australia.Mayat dua lelaki yang dibawa arus deras ditemui pada Isnin masing-masing di Brisbane, Queensland dan utara Gympie. Sementara itu, mayat seorang lelaki tua terlebih dahului dijumpai di Bundaberg.Seorang wanita mengandung dan anaknya berusia tiga tahun dikejarkan ke hospital selepas sebatang pokok besar tumbang menghempap mereka ketika sedang berjalan-jalan di Brisbane, awal pagi Isnin.Kedua-duanya mengalami kecederaan di bahagian kepala.Pelbagai usaha menyelamat dilakukan termasuk menggunakan helikopter memandangkan paras air semakin naik.Ketua Menteri Queensland, Campbell Newman berkata, empat bandar ditenggelami banjir berikutan sisa ribut tropika Oswald yang membawa hujan lebat di beberapa kawasan pesisir pantai wilayah itu.Kira-kira 1,200 rumah ditenggelami air di Bundaberg sehingga memaksa puluhan penduduk naik ke atas bumbung sementara menunggu bantuan keselamatan.Seramai 18 orang berjaya diselamatkan pada pagi Isnin manakala sekurang-kurangnya 12 lagi masih menunggu bantuan.