suria

Wanita Pertama Digantung Di Amerika Syarikat Sejak 2010

TEXAS: Seorang wanita disabitkan dalam pembunuhan ngeri dan rompakan menjadi wanita pertama yang menerima hukuman mati di Amerika Syarikat sejak 2010.

Pegawai penjara berkata, Kimberly McCarthy, 51, yang sudah dijatuhi hukuman gantung sejak 14 tahun lalu dijangka digantung pada jam 6 petang waktu tempatan (hari ini) selepas Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat menolak rayuan terakhirnya.

Dia menjadi wanita ke-13 dihukum gantung sampai mati sejak hukuman mati dilaksanakan semula di negara berkenaan pada 1976. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain