LILLE, Perancis: Seorang banduan berjaya meloloskan diri dengan menggunakan bahan letupan dalam satu kejadian di bandar Sequedin, utara Perancis.Banduan tersebut yang dikenali sebagai Redoine Faid menggunakan bahan letupan untuk memecahkan lima pintu penjara, selain menjadikan empat warden sebagai tebusan ketika cuba melarikan diri. Sehubungan itu, pasukan polis kini giat menjalankan usaha mengesan Faid yang terkenal dengan kes jenayah rompakan.Polis menyifatkan suspek sebagai berbahaya kerana memiliki senjata dan bahan letupan.Bagaimanapun, kesemua warden tersebut dibebaskan di beberapa tempat berasingan dan berada dalam keadaan selamat. - AFP