PARIS: Penjualan kenderaan baru di benua Eropah mencatatkan kejatuhan dalam tempoh 18 bulan berturut-turut atau bersamaan dengan 10.2 peratus sejak Februari lalu.Menurut data yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengeluar-Pengeluar Automobil Eropah (Acea) boleh dikatakan kesemua pengeluar kenderaan mengalami penurunan dari segi jualan melainkan Jaguar (naik 21.2%) dan Mercedes (0.6%). Pengeluar yang mencatatkan kemerosotan paling teruk ialah PSA Peugeot Citroen yang mencatatkan jualan 16% kurang dan gergasi Amerika, General Motors, dengan kejatuhan sebanyakn 12.8%.Jualan Renault menjunam 9.6% tetapi dari segi kumpulan berjaya disokong oleh peningkatan jualan kenderaan subsidiarinya iaitu Dacia yang mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 20.2%.Pasaran di United Kingdom memperlihatkan ransangan yang agak baik dengan catatan jualan sebanyak 5.9%.Penurunan jualan paling teruk dicatatkan di Jerman - pasaran terbesar kenderaan Eropah- yang mencatatkan pengurangan sebanyak 17.1% diikuti Perancis dengan penurunan sebanyak 16.2%.Untuk suku pertama tahun ini sahaja, pendaftaran untuk kereta baru di seluruh 27 buah negara Kesatuan Eropah jatuh sebanyak 9.8% berbanding tiga bulan pertama tahun lalu.