suria

70 Orang Dikhuatiri Maut Dalam Letupan Kilang Baja Di Texas

Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran di kilang baja dekat Waco, Texas.
Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran di kilang baja dekat Waco, Texas.
Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran di kilang baja dekat Waco, Texas.

CHICAGO: Kira-kira 60 hingga 70 orang dikhuatiri terbunuh dan beratus-ratus lagi cedera dalam satu kejadian letupan di sebuah kilang pengeluaran baja di pekan kecil West dekat Waco, Texas.

Jumlah kematian itu tidak dapat disahkan oleh agensi berita AFP tetapi disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan memetik Pengarah Perkhidmatan Pengurusan Kecemasan Pekan West, George Smith sebagai berkata.

Letupan itu berlaku beberapa hari selepas Amerika Syarikat (AS) dikejutkan dengan dua insiden letupan di Boston yang disasarkan kepada orang ramai ketika acara Maraton antarabangsa sedang berlangsung.

Beberapa anggota bomba yang berada di tempat kejadian turut cedera akibat letupan kedua, menurut laporan CBS News.

"Berlaku letupan di tempat kejadian dan ada beberapa anggota bomba sedang memadam api di sana ketika itu," katanya.

Letupan itu berlaku kira-kira pukul 8 malam Rabu (waktu tempatan), kata Penolong Pegawai Bomba Waco, Don Yeager.

Punca letupan masih belum dapat dikenal pasti tetapi ia mungkin merupakan satu letupan cecair ammonia.

Beberapa stesen bomba berhampiran dikejarkan ke pekan kecil di West yang terletak di utara Waco.

Letupan kuat itu menyebabkan gegaran turut dirasai di beberapa bangunan berdekatan.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain