WATERTOWN: Polis menahan suspek kejadian letupan bom ketika perlumbaan Maraton Boston yang ditemui berlumuran darah di belakang tempat membaiki bot selepas melarikan diri daripada kepungan dan tembakan polis.Penahanan Dzhokhar Tsarnaev yang cedera parah tetapi sehingga kini tiada banyak maklumat mengenai motif adik beradik kelahiran Chechnya. Abangnya, Tamerlan meninggal dunia ketika berbalas tembakan dengan polis sebelum itu.Tsarnaev kini di tahan di hospital dengan tahap kawalan yang ketat berikutan kecederaaan yang serius.Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, banyak persoalan yang tidak terjawab mengenai pengeboman ini.Penyiasatan akan dapat menyelesaikan misteri berkenaan.Obama juga meminta semua orang agar tidak membuat sebarang spekulasi melulu kejadian ini.