TRIPOLI: Sebuah kereta yang dimuatkan dengan bom meletup selepas ia dipandu merempuh pagar Kedutaan Perancis di sini pada Selasa, mencederakan dua pengawal keselamatan warga Perancis dan menyebabkan kemusnahan yang besar pada bangunan berkenaan.Ini adalah serangan yang pertama ke atas kedutaan asing sejak insiden Konsulat Amerika Syarikat di Benghazi diserang September lalu. Menteri Luar Libya, Mohammed Abdel Aziz mengutuk serangan tersebut sebagai satu tindakan pengganas manakala Presiden Perancis, Francois Hollande mendesak Tripoli dengan segera bertindak mengenalpasti siapakah yang bertanggungjawab.Isu keselamatan menjadi perhatian besar di Libya sejak Muaamar Gadaffi disingkirkan pada tahun 2011.