suria

Bahan Letupan Ditemui Dekat Rumah Musharraf Ditahan

ISLAMABAD: Polis Pakistan pada Selasa menemui bahan letupan seberat 45 kilogram yang disembunyikan di dalam sebuah kereta berhampiran rumah yang menjadi tempat bekas Presiden Pervez Musharraf ditahan.

Rakaman video menunjukkan kumpulan pemusnah bom sedang memeriksa kereta berhampiran rumah ladang di bandar ini di mana tempat bekas Musharraf ditahan minggu lalu atas dakwaan melampaui batas ketika berkuasa.

Kumpulan militan Taliban sebelum ini mengugut untuk membunuh Musharraf, yang baru pulang selepas hampir empat tahun berada dalam buangan.

Musharraf menyuarakan hasrat untuk kembali terlibat dalam pilihan raya yang bakal berlangsung 11 Mei ini.

Artikel Lain