suria

Bangunan Lapan Tingkat Runtuh Di Dhaka, 82 Terkorban

SAVAR (Bangladesh): Sebuah menara lapan tingkat yang menempatkan kilang pakaian dan kain di pinggir bandar Dhakar runtuh mengorbankan 82 orang, pada Rabu.

Rana Plaza yang terletak di bandar Savar berhampiran ibu negara Bangladesh ini ranap sepenuhnya mengorban dan memerangkap beribu pekerja pada jam 9 pagi tadi.

Setakat ini, 82 mayat telah dikeluarkan dari runtuhan tersebut.

Menara itu dikatakan dibina tanpa permit dan menempatkan kilang membuat baju dan skirt yang dieksport untuk pasaran luar negara.

Lebih 700 orang lagi dilaporkan cedera.

Adalah dianggarkan lebih 5,000 pekerja dan penduduk mendiami lapan tingkat bangunan berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Muhiuddin Khan kemudiannya memberitahu para pemberita, semakan mendapati bangunan itu adalah bangunan haram dan dibina tanpa permit.

Bangladesh adalah pengeluar pakaian kedua terbesar di dunia - kebanyakkan membekalkan pelbagai pakaian untuk jenama ternama dunia.

Pada November tahun lalu, kebakaran di sebuah kilang kain dan membuat pakaian telah mengorbankan 111 pekerja.

Salah satu syarikat yang menjahit pakaian di Rana Plaza adalah pembekal pakaian untuk jenama Mango dari Sepanyol dan jenama popular Itali, Benetton.

Dan insiden ini bukanlah yang pertama kali berlaku di Savar. Pada tahun 2005, sebuah bangunan yang turut menempatkan kilang membuat pakaian telah runtuh dan mengorbankan lebih 70 orang.

Artikel Lain