MOSCOW: Sebuah hospital psikiatri di Rusia terbakar pada Jumaat menyebabkan sekurang-kurangnya 38 orang dikhuatiri maut, menurut agensi berita RIA.Kementerian Hal Ehwal Kecemasan berkata, setakat ini sebanyak 12 mayat telah ditemui oleh anggota penyelamat dalam insiden kebakaran yang berlaku di bandar Ramenye, luar Moscow itu. Sekeping gambar yang disiarkan dalam laman web kementerian itu menunjukkan sebuah bangunan sedang terbakar.Pihak kementerian turut menyiarkan senarai pesakit yang terlibat berusia di antara 20 hingga 76 tahun.Menurut polis, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas.Polis berkata kebakaran berlaku kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan.