PARIS: Sebuah mahkamah di sini pada Rabu mendakwa dua individu atas kesalahan menyiarkan gambar separuh bogel isteri Putera William, Catherine yang mencetuskan kontroversi.Menurut sumber mahkamah, kedua-dua individu terbabit merupakan Pengarah Mondadori Group yang bertanggungjawab menyiarkan gambar berkenaan dalam majalah Closer dan seorang jurugambar akhbar La Provence. Hakim mahkamah mendakwa jurugambar tersebut atas tuduhan mengganggu ketenteraman awam kerana mengambil gambar Catherine berpakaian renang ketika sedang bercuti bersama William di selatan Perancis.Bagaimanapun identiti kedua-dua tertuduh tidak didedahkan.Gambar kontroversi Catherine itu disiarkan dalam akhbar La Provence.Namun, kebanyakan gambar separuh bogel Duchess of Cambridge tersebut disiarkan dalam majalah Closer pada keluaran September lalu. - AFP