SAVAR: Pasukan penyelamat Bangladesh berjaya mengeluarkan 45 mangsa yang masih hidup di sebalik sisa-sia runtuhan sebuah kilang membuat pakaian.Ketua Jabatan Bomba Kebangsaan, Ahmed Ali berkata, jumlah kematian meningkat kepada 272 orang pada Jumaat. "Kami berjaya menyelamatkan 45 orang pada Jumaat termasuk 41 yang ditemui di tingkat empat bangunan tersebut."Seramai 41 mangsa itu ditemui pada pukul 2.30 pagi waktu tempatan manakala empat lagi di temui pada bahagian-bahagian lain bangunan yang runtuh kira-kira pukul 7 pagi Jumaat," katanya.Menurutnya, pihak bomba sudah mengenal pasti antara 20 hingga 25 lagi mangsa yang masih hidup dalam runtuhan itu, namun pihaknya berdepan kesukaran untuk menyelamatkan mereka. - AFP