suria

China Tahan 900 Orang Ekoran Komplot Skandal Daging Toksik

BEIJING: Kerajaan China telah menahan sejumlah 900 orang berhubung skandal daging toksik termasuklah menjual daging tikus dan serigala sebagai daging lembu.

Menurut Kementerian Keselamatan Awam, keseluruhannya terdapat 382 kes berhubung penipuan ke atas jenis daging, daging yang bertoksik, berpenyakit yang dijual di pasaran sehingga membawa kepada wabak dan menjejaskan keselamatan awam.

"Seramai sembilan ratus empat orang suspek telah ditahan, lebih 20,000 tan daging dan daging palsu turut dirampas dan disita dalam operasi tiga bulan yang dijalankan di seluruh negara," demikian menurut kenyataan yang disiarkan di laman web kementerian tersebut.

Jenayah penipuan itu meliputi kawasan yang luas dari wilayah Jiangsu yang menjual daging palsu yang sebenarnya adalah daging musang dan tikus rat serta mengandungi bahan kimia yang berbahaya sehinggalah ke wilayah Guizhou yang mencampur adukkan pelbagai bahan toksik berbahaya di dalam daging ayam dan sebagainya.

Skandal ini dibongkar dan diperkatakan secara meluas di ruangan blog popular China - Sina Weibo.

Artikel Sebelum

Artikel Lain