MANILA: Tiga pelancong Jerman dan pemandu pelancong rakyat tempatan mereka terbunuh apabila Gunung Mayon meletus, pada Selasa.Lebih 20 waga asing dan pemandu pelancong masing-masing berada di sekitar lurah gubung berapi berkenaan yang memuntahkan debu tebal dan lahar tanpa amaran. Pasukan penyelamat dengan dibantu helikopter dikerah ke lokasi bagi mencari dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap. "Batu panas terhambur macam hujam," kata operator pemandu pelancong tempatan, Marti Calleja."Batu yang terpelating semula bersaiz sebenar meja makan," katanya.Jurucakap polis wilayah, Superintendan Renato Bataller mengesahkan mengenai empat nyawa yang terkorban itu dengan tujuh lagi cedera termasuk empat warga Thai. - AFP