MELBOURNE: Bank Rizab Australia (RBA) telah memotong kadar faedah kepada paras paling rendah iaitu 2.75 peratus.Bank pusat itu dijangka mengekalkan kadar itu pada tiga peratus pada mesyuarat bulan Mei bank itu pada Selasa. Sebaliknya, lembaga pengarah memotong kadar tunai sebanyak 25 mata asas kepada paras yang paling rendah dalam sejarah."Pada mesyuarat Selasa, lembaga pengarah berpendapat lebih banyak pengurangan pada kadar tunai adalah sesuai untuk menggalakkan pertumbuhan mapan di dalam ekonomi, selaras dengan usaha mencapai sasaran inflasi," kata Gabenor RBA Glenn Stevens dalam satu kenyataan.National Australia Bank adalah bank pertama yang mengesahkan akan menyalurkan potongan 0.25 peratus itu sepenuhnya. - BERNAMA