suria

Dua Maut Siling Kedai Kasut Runtuh

Pasukan penyelamat cuba menarik sisa runtuhan siling bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.
Pasukan penyelamat cuba menarik sisa runtuhan siling bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.
Pasukan penyelamat cuba menarik sisa runtuhan siling bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

KAMPONG SPEU (Kemboja): Kira-kira dua pekerja maut apabila siling di sebuah kedai kasut di Kemboja runtuh pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kampong Speu, Khem Pannara berkata dua pekerja masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita terbunuh manakala enam yang lain cedera parah.

"Kita tidak boleh sahkan berapa ramai yang terperangkap di bawah runtuhan itu," katanya.

Bulan lalu, sebuah kilang sembilan tingkat di Dhaka runtuh menyebabkan 1,127 orang maut.

Salah seorang pekerja di kilang tersebut, Sokny, 29, berkata, polis dan beberapa kakitangan sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

"Setiap hari lebih ratusan pekerja berada di kilang tersebut tetapi saya tidak tahu berapa ramai yang bekerja pada pagi Khamis.

"Saya amat terkejut. Saya menangis apabila melihat darah di sebalik sisa runtuhan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain