KIGALI: Sekurang-kurangnya 100 orang dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan sebuah bangunan empat tingkat yang masih dalam pembinaan, di sini.Menteri Pengurusan Bencana Rwanda, Seraphine Mukantabana berkata, jumlah tersebut bagaimanapun masih belum disahkan dan operasi menyelamat sedang dilakukan. Jurucakap polis, Theos Badege berkata, tiga orang disahkan terbunuh, manakala 21 yang lain cedera.Punca runtuhan masih belum dikenal pasti. - AFP