suria

Wanita Tidak Boleh Jadi Presiden Iran

TEHRAN, Iran: Seorang anggota pemerhati perlembagaan Iran berkata, wanita tidak boleh menjadi calon presiden negara itu, sekali gus menghancurkan peluang kira-kira 30 wanita yang mahu bertanding dalam pilihan raya pada 14 Jun ini.

Malah sebelum komen oleh Ayatollah Mohammad Yazdi pada Khamis, peluang untuk calon wanita dalam pilihan raya Presiden Iran dilihat sebagai hampir mustahil.

Agensi berita Mehr yang memetik Yazdi sebagai berkata bahawa “undang-undang tidak boleh lulus” sekiranya wanita dalam jawatan tertinggi di Iran dan ia adalah “tidak dibenarkan”.

The Guardian Council di mana Yazdi merupakan salah seorang anggotanya telah memeriksa senarai calon.

Seramai 686 orang telah berdaftar untuk menggantikan Presiden Mahmoud Ahmaddinejad.

Senarai akhir akan diumumkan pada Selasa depan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain