WASHINGTON: Buat pertama kalinya, penyelidik Amerika Syarikat (AS) mengesan virus H1N1 dalam anjing laut gajah di pesisir pantai California, lapor agensi berita Xinhua.Penyelidik di Universiti California, Davis mengesahkan buat penemuan tersebut dalam jurnal PLOS ONE. "Kami fikir kami mungkin menemui virus influenza yang ditemui sebelum ini dari mamalia marin, tetapi tidak menjangka turut menemui virus H1N1."Ini menunjukkan virus tersebut boleh berpindah di kalangan spesies tersebut," kata penulis utama kajian itu, Tracey Goldstein.Antara 2009 dan 2011, para penyelidik menguji cairan di hidung dari lebih 900 mamalia marin dari 10 spesies di pesisir pantai Pacific dari Alaska ke California.