suria

Letupan Bom Dekat Pasar Iraq, 14 Maut

BAGHDAD: Letupan bom melibatkan beberapa kereta di sebuah pasar di tengah Iraq mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang pada Isnin, kata pegawai.

Tiga kereta yang diletakkan berhampiran dengan pasar meletup sehingga menggegarkan pasar borong sayur-sayuran dan buah-buahan di bandar Jidaidat al-Shatt di wilayah Diyala.

Bandar itu terletak di wilayah bandar Baqouba, kira-kira 60 kilometer dari Baghdad.

Letupan tersebut mengakibatkan 34 orang cedera, kata pegawai polis.

Iraq pada ketika ini sedang berhadapan dengan keganasan, sejak beberapa bulan lalu sekali gus menyebabkan jumlah kematian meningkat sejak 2008.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 1,045 orang awam di Iraq dan anggota keselamatan terbunuh pada Mei lalu.

Jumlah itu mengatasi bilangan kematian 712 orang pada April. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain