LONGHONG: Seorang wanita yang berusia 127 tahun di China yang tidak diikhtiraf oleh pihak antarabangsa sebagai wanita tertua di dunia, meninggal dunia hujung minggu lalu.Dokumen rasmi menunjukkan Luo Meizhen yang dilahirkan pada 1885, yang menjadikannya wanita tertua yang pernah hidup, meninggal dunia selepas sakit sejak beberapa bulan lalu, kata anak lelakinya, Huang Youhe. "Dia berusia 127 ketika meninggal dunia, kami tidak menjangkakannya (kematiannya)," kata cucu lelakinya, Huang Heyuan. Luo berkata, berdasarkan tarikh kelahiran emaknya itu, ia adalah manusia tertua di dunia ketika hayatnya, memintas warga Jepun, Jiroemon Kimura, yang berusia 116 tahun.Namun dakwaan Luo itu hanya mendapat sedikit perhatian dunia disebabkan China ketika itu tidak mempunyai sisten pengeluaran surat kelahiran yang boleh diragukan sehinggalah berabad-abad selepas Luo dilahirkan. - AFP