SYDNEY: Kevin Rudd pada Khamis sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia selepas disingkirkan dari jawatan tersebut oleh Julia Gillard tiga tahun lepas.Rudd, 55, dipilih semula melalui satu proses pengundian pada Rabu sekali gus menyingkirkan Gillard yang mengumumkan persaraannya dari politik. "Saya akan melakukan yang terbaik," kata Rudd selepas mengangkat sumpah di Rumah Kerajaan di Canberra oleh Gabenor Jeneral Quentin Bryce,bersama isterinya Therese Rein.