Kejadian kebakaran di Arizona dengan api yang semakin marak berikutan suhu tinggi dan keadaan yang berangin. Foto APYARNELL, Arizona: Pegawai jabatan perhutanan Arizona berkata, seramai 19 anggota bomba terbunuh dalam usaha mereka untuk memadamkan kebakaran di hutan Arizona.Jurucakap jabatan perhutanan, Art Morrison berkata, kesemua anggota bomba itu terperangkap dalam kebakaran yang berlaku pada tengah hari Ahad (waktu Amerika Syarikat). Kebakaran yang begitu besar itu menyebabkan 50 keluarga terpaksa dipindahkan.Kira-kira 200 anggota bomba terlibat untuk memadam kebakaran di Arizona.Api begitu marak ekoran suhu tinggi dan keadaan yang berangin. - AP