suria

Ribut Tropika Dalila Bertukar Taufan Di Pesisir Pantai Mexico

MEXICO CITY: Ribut Tropika Dalila bertukar menjadi taufan apabila berpusar sepanjang pantai Pasifik Mexico pada Rabu.

Pihak berkuasa tempatan menggesa penduduk pesisir pantai supaya bersedia berdepan ancaman tanah runtuh dan hujan lebat.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Mexico, Dalila yang mencapai kelajuan maksimum 120 kilometer sejam, berpusat kira-kira 305 kilometer di barat pelabuhan Manzanillo, Colima.

Bagaimanapun, Dalila dijangka lemah dalam tempoh 24 jam berikutan bergerak ke barat laut.

Justeru, agensi berkenaan menggesa penduduk untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan ancaman hujan lebat, tanah runtuh dan angin kencang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain