suria

Alga Hijau Penuhi Pantai Di China

Alga berwarna hijau memenuhi pantai di Qingdao.
Alga berwarna hijau memenuhi pantai di Qingdao.
Alga berwarna hijau memenuhi pantai di Qingdao.

BEIJING: Laut di sekitar China dipenuhi alga apabila tumbuhan tersebut memenuhi pantai selepas dibawa ombak di perairan Laut Kuning, kata jurucakap pegawai laut.

Beberapa gambar menunjukkan pengunjung pantai berenang dan bermain dalam arus berwarna hijau di timur Qingdao, wilayah Shandong.

Beberapa jentolak turut digunakan untuk memindahkan bertan-tan alga tersebut dari kawasan pantai.

Pentadbiran Lautan China di laman webnya memberitahu bahawa alga yang dikenali sebagai enteromorpha prolifera itu muncul sejak minggu lalu.

Ia menular ke kawasan seluas 28,900 kilometer (km) persegi, sekali gus menjadi fenomena alga terbesar di negara itu setakat ini.

Rekod tumbuhan alga terbesar sebelum ini berlaku pada tahun 2008 yang meliputi kawasan sekitar 13,000km persegi.

Agensi berita Xinhua melaporkan, sejumlah pegawai di Qingdao telah memindahkan sekitar 7,335 tan alga tersebut.

Artikel Lain