suria

Timbalan Ketua Gerakan Ikhwan Muslimin Mesir Ditahan

KAHERAH: Timbalan Ketua Ikhwan Muslimin, Khairat el-Shater yang disifatkan lelaki paling berkuasa dalam gerakan Islam Mesir ditahan pihak berkuasa negara itu pada Sabtu.

Penahanan itu disahkan jurucakap Kementerian Dalam Negeri Mesir, Hani Abdel-Latif.

Hani berkata, el-Shater dan abangnya ditahan lewat malam tadi (waktu tempatan) di sebuah pangsapuri di timur Kaherah atas tuduhan menghasut menimbulkan aktiviti keganasan terhadap penunjuk perasaan dalam tempoh beberapa hari ini.

El-Shater yang turut dikenali sebagai ahli perniagaan yang kaya, memegang jawatan pemimpin agung dalam gerakan itu dan disifatkan paling berpengaruh khususnya dalam membuat keputusan.

Beliau juga adalah calon asal presiden negara itu, bagaimanapun, atas faktor tidak memenuhi kelayakan selepas hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya, namanya ditolak. AP

Artikel Lain