suria

Singapura Siasat Firma Dikatakan Terbabit Penghantaran Senjata Ke Korea Utara

SINGAPURA: Siasatan sedang dijalankan terhadap kes syarikat berdaftar di Singapura dikatakan terbabit dalam penghantaran senjata ke Korea Utara dari Cuba dan disekat oleh Panama pada Julai tahun lepas.

Menjawab pertanyaan media bahawa syarikat berdaftar di Singapura telah dikatakan menjadi pemudah cara bagi pembayaran kos penghantaran senjata itu dengan kapal, jurucakap Kementerian Luar berkata:

"Pada Januari, Singapura menerima maklumat syarikat berdaftar di Singapura telah dikaitkan dengan penghantaran senjata dan bahan berkaitan ke Korea Utara dari Cuba dan disekat oleh Panama pada Julai 2013.

"Kerajaan Singapura segera menjalankan siasatan ke atas kes ini. Kami tidak dapat berkongsi maklumat lanjut pada ketika ini kerana siasatan masih berjalan," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain