KIEV: Pemimpin interim Ukraine pada Selasa menangguh pembentukan kerajaan perpaduan kepada Khamis ini.
"Apa pun menjelang Khamis ini, sebuah kerajaan perpaduan kebangsaan mesti dibentuk," kata presiden interim, Oleksandr Turchynov kepada anggota-anggota parlimen yang bersidang Selasa.
Ukraine berada di dalam krisis politik terburuk sejak mencapai kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet apabila pihak pembangkang yang anti-Rusia memilih untuk bersekutu dengan Kesatuan Eropah yang ditentang oleh kerajaan yang pro-Rusia.
Bagaimanapun kerajaan Ukraine lumpuh pada hujung minggu lalu selepas seluruh kabinet meletakkan jawatan ekoran rusuhan yang semakin teruk dan berpanjangan.